perjalanan
teman - teman sekalian...
dengan tema perjalanan yang telah tertulis sebagai bahan pengenalan bagi diriku, setelah rakan - rakan sekalian membaca bahan sebentar tadi pastinya sebagai sebuah pengenalan yang agak mendukacitakan, namun itu hakikat yang sebenar dan terpaksa terima dengan rela hati......
sebagai pejalanan pertama saya, seperti yang tertulis dalam kisah diatas saya turut dibesarkan bersama keluarga yang sememangnya memahami segala isi hati saya dan disini jugalah satu-satunya tempat untuk saya mencurahkan segala kasih sayang yang saya ada..perjalanan hidup saya mula berubah selepas asaya memasuki alam persekolahan, pada zaman permulaan sekolah saya, saya dihantar ke sekolah tabika kemas yang merupakan sekolah kerajaan,hari persekolahan, tiap pagi sebelum aku berangkat kesekolah rambutku disikat oleh ayahku sendiri, dan aku dihantar pada setiap pagi, seperti yang aku katakan dalam pengenalan aku adalah seorang yang kurang berkata - kata, segala yang aku alami dan segala yang aku lalui semasa disekolah ataupun dimana jua, akan aku pendamkan dalam hatiku.....bukan kerana aku seorang pendendam, tapi memang sudah aku seorang pendiam, teringat aku satu kisah semasa aku bersama rakan-rakan berlajar matematik disekolah, hanaya kerana aku tidak dapat menjawab satu soalan yang ditanya, aku dihina bagaikan aku seorang penjenayah, namum apa yang aku tahu pada masa itu, aku hanya berumur enam tahun, pada hari tersebut aku pulang dengan air mata yang mengalir tanpa henti, apabila bapaku bertanyakan kenapa, aku hanya mampu berdiam diri, pabila umurku menjangkau tujuh tahun aku sudah dihantar ke sekolah rendah kebangsaan...di sekolah ini terlalu banyak yang aku lalui,segalanya ku terima dengan rela hati, aku tidak mempunyai ramai kawan semasa aku berada di sekolah rendah ini, hanya kerana aku seorang yang pendiam, hampair setiap hari aku buli, pergi dan pulangku kesekolah hanya bejalan kaki.....tiap kali aku pulang kesekolah pasti aku akan ditahan oleh beberapa pelajar india sekolah menengah, tiap hari juga duit poketku diambil.....jika ingin aku ceritakan terlalu banayak yang aku pelu beritahu.......kisah yang aku sampaikan ini adalah perjalanan sejati hidupku.....
No comments:
Post a Comment