salam kepada semua...
di tika dan saat ini dalam aku meneruskan perjuangan hidup ini untuk terus aku berdiri diatas kakiku sendiri, telah terlalu banyak perkara yang aku jadikan teladan dan sempadan, bukan maksudku untuk mewartakan kata hatiku. malah bukan juga maksudku untuk menagih kasih dan simpati sesiapa, sesungguhnya aku juga menusia biasa yang punyai hati, perasaan dan juga aku mempunyai impian aku sendiri dalam meneruskan perjuangan hidup aku.....
dalam kisahku yang pertama disinilah buat pertama kalinya aku berkongsi latar belakang keluarga kepda semua...seperti yang anda semua tahu,,aku dibesarkan dalam keluarga yang besar dan aku merupakan anak yang keempat daripada sebelas orang adik beradikku, menurut kata ibuku, sejak aku dilahirkan aku merupakan anak yang paling senyap dan jarang sekali mendengar suara aku ketika lapar mahupun ketika aku gembira....pada hakikatnya aku dibesarkan oleh ibu dan bapaku dengan penuh kesempurnaan, aku cukup gembira apabila aku merasakan kehangatan pelukan ibu dan juga bapaku, segala ketakutan yang ada dalam diriku akan hilang apabila aku berada dalam pelukan mereka berdua,bahkan turut kurasakan segala yang hilang muncul kembali tatkala tanganku digenggam oleh ibu dan bapaku...pada umurku menjangkau setahun aku telah dikuniakan seorang adik lelaki yang sememangnya mewarisi keputihan kulit ibuku, kegembiraan ini telah dikongsi oleh semua keluarga dan sanak saudara yang hadir pada masa itu...namun dua tahun kemudian pabila umurku menjangkau tiga tahun, segala kegembiraan yang terlihat disetiap raut wajah keluarga dan sanak saudara sebelum ini telah hilang...hari ini bemula apabila aku yang baru berumur tiga tahun, tersedar dari tidurku, lalu aku dapati begitu ramai orang di sekitar ruang tamu rumahku...aku tercari - cari dimanakah ibu bapaku...pilu kurasakan saat mereka hilang dari pandanganku. namun perasaan hairan juga menyelebungi hatiku apabila aku sedari bahawa orang sekeliling aku turut bersedih, dan di satu sudut pandangan aku terlihat ibuku yang juga turut menitiskan air matanya yang jatuh ibarat mutiara terurai dari talinya,bingkas aku bangun dan terus aku berlari mendapatkan ibuku, lalu aku dipeluknya..dari situ juga aku dapat lihat tidak jauh dihadapanku sebujur tubuh yang tidak bergerak walaupun di hadapannya ramai orang meratapi, termasuk kedua atuk dan nenekku...lalu pantas aku bangun untuk memdapatkan atuk dan nenekku, apabila aku berada dipangkuan meraka, maka disinilah aku dapt lihat tubuh kecil dihadapanku ini adalah tubuh adikku yang tidak mampu bergerak lagi....apalah yang aku tahu pada umurku sekecil itu...aku hanya mampu melihat apa yang terjadi dan menurut apa saja yang diperintahkan kepadaku..pada hari ini aku dapat lihat segala pergerakan dan proses yang dilakukan bagi menguruskan jenazah adik lelakiku yang pada masa hari pemergiannya umurnya genap dua tahun.... aku mengikuti jenazah adikku sehingga ke tanah pekuburan...dan aku dapat lihat jenazahnya dikebumikan oleh bapaku sendiri dan orang-orang lain....kini umurku sudah menjangkau dua puluh tahun namun rupa adikku tidak pernah aku lupakan, kepetahannya berkata - kata walaupun pada umurnya baru menjangkau setahun...masih segar di ingatanku nahawa kata - kata adikku ketika itu, " aqul ( nama adik) nak pergi jauh...jauh sangat.." pabila tiba waktunya barulah aku fahami apa yang dimaksudkan.... kisah ini aku sampaikan sebagai pembuka tirai sahaja...mungkin hanya sebagai pengenalan bagi diriku....
No comments:
Post a Comment